Monday, October 18, 2010

Teknik Jump Smash

Teknik Asas Smash

Teknik Pukulan Smash Hadapan

Teknik Bola Dropshot

Sunday, October 17, 2010

Pertemuan 2 Jaguh Dunia

Smash Mantap terhepat oleh Taufik Hidayat

Memperkasakan Generasi Jaguh Komputer Melalui Program Jaguh

PROGRAM realiti televisyen (TV) tidak hanya tertumpu kepada bidang-bidang seni seperti nyanyian, tarian dan lakonan semata-mata. Sebaliknya, ia juga mencakupi bidang-bidang lain seperti sukan yang turut diminati ramai.

Malah, program realiti TV yang berteraskan bidang sukan bukan sahaja sebagai suatu bahan hiburan, sebaliknya ia juga boleh dijadikan platform untuk melahirkan jaguh pelapis dalam sesuatu bidang sukan pada masa depan.

Bekas pemain badminton perseorangan negara, Kwan Yoke Meng merupakan antara ahli sukan yang menyokong dan menaruh kepercayaan program realiti TV berkonsepkan sukan mampu mencapai objektif tersebut.

Justeru, tidak hairanlah pemain badminton berusia 44 tahun itu telah diberi kepercayaan oleh TV9 sebagai Ketua Jurulatih dalam program realiti TV terbaru stesen itu berjudul Jaguh yang disiarkan setiap Jumaat pukul 9 malam mulai 26 Mac ini.

Menurut Yoke Meng, keyakinannya itu timbul berdasarkan sambutan masyarakat terhadap sukan badminton yang merupakan antara sukan popular di negara ini selepas bola sepak, sewaktu uji bakat program itu diadakan baru-baru ini.

"Semasa mula-mula saya hadir untuk menerima tawaran sebagai Ketua Jurulatih dalam program ini saya fikir 50 - 50. Ini kerana, sebelum ini belum pernah ada program realiti TV yang menjadikan sukan badminton sebagai modul rancangan.

"Bagaimanapun, sewaktu uji bakat program ini diadakan di Kompleks Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu hampir 300 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah menyertainya.

"Ada yang datang dari jauh iaitu Sabah semata-mata untuk menyertai program ini. Walaupun masih muda tetapi mereka amat berbakat," katanya ketika ditemui pada pelancaran Jaguh di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Sebagai salah seorang pemain perseorangan yang pernah membantu pasukan negara merampas Piala Thomas pada 1992, bapa kepada Callum, 13, dan Carolynn, 16 ini akan mencurahkan pengalamannya untuk Jaguh.

Yoke Meng yang bersara dari arena badminton pada tahun 1993 yakin mampu melatih lapan peserta yang akan bersaing menerusi program realiti TV itu yang menyediakan hadiah wang tunai RM3,000 dan trofi untuk juaranya.

"Saya yakin mampu untuk melatih para peserta program ini walaupun mereka masih muda. Latihan yang akan saya berikan sama seperti pemain dewasa. Saya tekankan soal skil sebanyak 70 peratus dan 30 peratus lagi aspek fizikal.

"Mereka akan berlatih empat jam sehari di USJ23 Subang Jaya, Selangor. Selepas dua bulan selepas uji bakat diadakan, saya akan menilai prestasi lapan peserta yang berjaya menyertai program ini untuk tujuan penyingkiran.

"Dengan dibantu oleh pembantu jurulatih lain aspek penyingkiran mengambil kira soal kalah menang perlawanan dan juga soal kecergasan fizikal, kemampuan, skil dan bakat yang mereka tunjukkan," ujarnya.

Beliau yang kini merupakan penasihat kepada Persatuan Badminton Melaka sejak tiga tahun lalu berkata, pada setiap episod Jaguh akan ada penyingkiran peserta berdasarkan kriteria-kriteria seperti yang telah dijelaskannya itu.

Namun, Yoke Meng yang juga seorang ahli perniagaan menaruh harapan yang tinggi kepada juara program ini untuk diangkat ke tahap yang lebih tinggi lagi.

"Juara pertandingan ini akan terus digilap dengan mewakili pula pasukan badminton di negeri asal masing-masing. Kalau prestasi bagus, selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah mereka boleh diserapkan di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

"Daripada situlah kita akan berusaha untuk terus menggilap bakat mereka ke tahap yang lebih jauh. Ini adalah suatu permulaan yang baik untuk melahirkan pemain badminton pelapis pada masa depan," kata anak jati Kuala Lumpur ini.

Lapan peserta yang bersaing pada program yang akan diacarakan oleh penyampai radio Hot FM, Khairul Ikhwan Rosli itu kini tinggal di Asrama Rakan Muda, Bukit Kiara.

Badminton paling sesuai

Peserta yang bersaing pada program musim pertama itu ialah Muhammad Umar Al Qhatab Mohammed Shaffie, 12, Chia Wei Jie, 10, Muhammad Ariff Mohd. Asaari, 10 dan Muhammad Izzudin Shamsul Muzli, 12.

Tidak ketinggalan empat lagi pesertanya iaitu Muhammad Syafiq A. Sanusi, 10, Ahmad Shah Fuad Muhammad, 12, Goh Ting Yu, 11, dan Riyanka Kesuma Suherman, 12 akan bersaing dalam program sebanyak lapan episod itu.

Sementara itu, Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin turut menaruh keyakinan Jaguh bukan sahaja mampu menarik perhatian para penonton tetapi juga menggalakkan pertumbuhan sukan tersebut.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan oleh TV9 terhadap 1,000 responden pada Jun 2009 mendapati kebanyakan daripada mereka lebih meminati sukan badminton berbanding bola sepak.

"Sewaktu kajian itu dilakukan di Semenanjung Malaysia oleh sebuah syarikat ramai yang menyokong program realiti TV ini diadakan. Kami dapati badminton paling sesuai untuk tontonan dan permainan untuk seisi keluarga.

"Apatah lagi, sebelum ini sudah ada program realiti TV tentang bola sepak sedangkan badminton belum pernah diadakan. Kebetulan pula pada Mei ini akan berlangsungnya kejohanan Piala Thomas," jelasnya.

Rozaina berharap, Jaguh bukan sahaja memaparkan realiti kepayahan lapan pesertanya merebut gelaran juara, malah ia juga diharap dapat menaikan semangat serta mempopularkan lagi badminton di kalangan rakyat negara ini.

Jaguh menyediakan hadiah wang tunai RM3,000 dan trofi untuk juaranya, tempat kedua menerima RM2,000, tempat ketiga (RM1,000), tempat keempat (RM500), tempat kelima hingga kelapan (RM300) dan Pemain Harapan (RM1,000).

Program realiti TV yang dirakamkan setiap episodnya lebih awal mendapat sokongan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan penyingkiran dan pemenangnya ditentukan oleh Ketua Jurulatih dan para pembantunya.

Jaguh Dunia Takluki Sukan Komanwel

Chong Wei Pertahan Emas Sukan Komanwel

NEW DELHI: Juara bertahan Datuk Lee Chong Wei berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Komanwel 2010 apabila menewaskan pemain England Rajiv Ouseph pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di sini, Khamis.

Chong Wei, pemain badminton nombor satu dunia, dengan mudah mengenepikan lawannya yang menduduki ranking ke-17 dunia, 21-10, 21-8, dalam perlawanan berat sebelah di Kompleks Sukan Sri Fort di sini.

Chong Wei, 27 mengambil masa hanya 26 minit untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan Komanwel Melbourne 2006. - BERNAMA

Saturday, October 9, 2010

Teknik Pukulan Hadapan Drive

Teknik Mengankat Bola Depan Net

Teknik Matikan Bola Depan Net

Latihan Pertahanan Oleh Dato Lee Chong Wee



Teknik pertahanan dalam pelawanan badminton

Kegilaan Dalam Bermaian Badminton

Indahnya Badminton

Jadual Pelawanan Badminton Dunia Bulan Oktober 2010

Bengkel Pembangunan Badminton Diadakan Oleh BWF

Bertempat di pekan Lausanne pekan , beberapa siri bengkel pembangunan yang bertujuan untuk berkongsi maklumat antara Continental Gabungan dan BWF pada inisiatif pembangunan dan perancangan telah diadakan.

Dihadiri oleh Continental Pembangunan Pejabat Gabungan dan Pengarah Eksekutif / Setiausaha Umum, lokakarya dieksplorasi isu dan cabaran dalam pembangunan badminton, pendidikan jurulatih, badminton berasaskan sekolah dan memelihara dan mengembangkan keahlian kami.

Pamela Vipond, Timbalan Pengarah Solidaritas Sukan Olimpik (OS), membuka sesi pada Isnin, dengan persembahan pekerjaan yang dilakukan oleh OS, dan terperinci pelbagai projek yang sedia untuk IF dan persekutuan kebangsaan melalui OS dan NOC. Devt-Lausanne-ffba

Ini adalah siri kedua dari lokakarya tentang pembangunan host di Lausanne, selepas siri perdana di tahun 2009.

Pelbagai sesi dijadualkan meliputi tinjauan talian keahlian BWF, CC baru pembangunan geran struktur, Parabadminton, para badminton sekolah dan pendidikan projek pelatih dan persembahan oleh kakitangan Gabungan Continental memaparkan inisiatif pembangunan inovatif.

"Ini telah menjadi sangat produktif set lokakarya dan kita telah senang dengan high presenter tetamu dan idea-idea inovatif yang terbahagi", David Cabello, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan BWF mengatakan dalam seminggu.

"Ini benar-benar sangat membesarkan hati untuk melihat perbincangan terbuka seperti pada cabaran dan penyelesaian untuk pembangunan badminton dan ada rasa nyata persatuan dan tujuan" Cabello ditambah.

Staf yang lain BWF Stuart Borrie hadir adalah, Pengarah Operasi dan Ian Wright Development Manager.

Berbagai pakar dan pengamal membuat persembahan termasuk Patrick Duffy dari Leeds Metropolitan University, Paul Kurzo, Presiden Parabadminton World Federation, Martijn van Dooremalen, Performance Director, Netherlands Badminton, Christophe Jean-Jean and Eric Silvestri for the French Badminton Association, Peter Tarcala, Slovak Republic Badminton Federation and Heinz Kelzenberg from Germany who is working on the schools badminton resources. Martijn van Dooremalen, Prestasi Pengarah, Belanda Badminton, Christophe Jean-Jean dan Eric Silvestri untuk Persatuan Badminton Perancis, Peter Tarcala, Republik Slovakia Persekutuan Badminton dan Heinz Kelzenberg dari Jerman yang bekerja pada sumber daya badminton sekolah.

Kelima benua diwakili di bengkel - Afrika: Raj Watak, dan Annirao Dajee - Pan Am Jerman Valdez dan Pilar Carrillo - Asia: Jiva Manoharan - Eropah - Brian Agerbak dan Lina ENGL - Oceania: Corinne Barnard dan Nadia Bleaken.

Rangking 10 terbaik Pemain bergu Badminton Dunia

Rangking 10 terbaik Pemain Badminton Dunia

Monday, October 4, 2010

Cara memperkuatkan pergelangan tangan

Saya lihat belum liat nih ada thread bagaimana memperkuat pergelangan tangan yg nanti nya bisa menghasilkan pukulan2 yg lebih bertenaga.
Mari kita sharing di thread ini yg berhubungan dgn memperkuat pergelangan tangan.

Mau sharing sedikit cara2 dibawah ini baik cara lama maupun cara baru untuk memperkuat pergelangan tangan.
Saya bagi menjadi 2 bagian, satu latihan tanpa menggunakan kok, ke dua latihan menggunakan kok

Tanpa menggunakan kok

1. Botol Minuman
Cara ini mungkin sudah sangat kuno tp msh banyak dilakukan, yaitu dengan mengisi botol dgn air atau pasir, yg perlu di perhatikan adalah, cari botol dgn genggaman sebesar raket badminton. Cara nya sangat mudah perlahan2 memutar membentuk angka 8.

2. Power ball
alat ini berbentuk seperti bola kasti, dgn pemberat di dalamnya, keuntungan alat ini, beban terasa meningkat dr waktu ke waktu seiring dgn kecepatan alat itu sendiri. Lebih cepat kita memutar maka akan terasa lebih berat. Putar powerball seiring dan sesudah itu berlawanan dgn arah jarum jam.



Dengan menggunakan kok

1. Pukul Tembok
Berdiri kira2 3m berhadapan dgn tembok, melakukan pukulan2 backhand dan forhand. Setelah mahir, silahkan menggunakan raket training untuk latihan ini.

2. latihan dgn raket practise
belilah sebuah raket practise dgn beragam pilihan berat 120grm, 140grm, 160grm. Berlatihlah stroke dgn teman untuk melatih pukulan2 yg di inginkan.

Yang perlu di ingat
1. Rome wasn't build in a day :thinking:, ingat bahwa latihan tidak akan menghasilkan sesuatu yg instant, jd jgn berputus asa :D

2. To much love will kill you :mad:, ingatlah untuk tidak melakukan dgn terlalu tergesa gesa atau memaksakan diri dgn latihan yg nanti nya akan menyederai bagian dr tubuh kita.

Menurut saya, latihan yg paling mempunyai effek besar diantara latihan diatas adalah latihan dgn raket practise. Karena selain momentum kita dapat, kekuatan pun dapat dihasilkan dgn raket yg lebih berat.

Li-Ning reket pemain handalan China




SEMAKIN ramai yang telah mula menyedari betapa pentingnya penjagaan kesihatan bagi menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Salah satu daripada aspek yang dititikberatkan dalam penjagaan kesihatan ialah bersenam.

Bagi sesetengah orang, apabila hendak keluar rumah untuk bersenam, mereka mahu mengenakan pakaian dan kasut yang bersesuaian. Pakaian dan kasut yang memang dibuat khas untuk bersenam memberikan keselesaan semasa melakukan pergerakan-pergerakan tertentu.

Baru-baru ini, Li Ning Company Limited, salah satu daripada pengeluar peralatan sukan terkemuka jenama antarabangsa daripada China telah melancarkan secara rasmi jenama produk badminton Li-Ning di Malaysia.

Li-Ning telah diasaskan pada tahun 1990 oleh ahli gimnastik legenda China, Li Ning.

Li Ning Company Limited menerusi anak syarikatnya terlibat dalam pembangunan jenama, reka bentuk, pengeluaran, jualan dan pengedaran kasut, pakaian dan aksesori berkaitan sukan dan kegunaan riadah.

Rangkaian raket teknologi tinggi, kasut dan aksesori badminton Li-Ning kini digunakan dan diiktiraf oleh bintang badminton China, Lin Dan serta pemain pasukan badminton kebangsaan China. Sejak bulan April 2009, Li-Ning telah menjadi penaja rasmi pasukan badminton kebangsaan China yang akan mempertahankan kejuaraan Piala Thomas dan Uber tahun ini.

Pengurus Besar Li Ning Group bagi Operasi Asia Tenggara, Vivien Lim berkata, sempena dengan pelancaran tersebut, Li Ning Company dan Sunlight Marketing (Sports) Sdn. Bhd, selaku pengedar rasminya di Malaysia, mengumumkan tajaan bernilai RM60,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan bagi menyokong program pembangunan badminton junior di peringkat akar umbi.

Program ini dikendalikan bersama oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Kuala Lumpur (MSSSMKL).

''Penceburan jenama Li-Ning dalam pasaran Malaysia menandakan satu langkah penting dalam usaha bagi meluaskan kehadirannya di pasaran antarabangsa.

''Selepas mengukuhkan kedudukan sebagai jenama sukan terulung di China dalam tempoh dua dekad lepas, kami telah menetapkan Asia Tenggara sebagai pasaran luar negara utama.

"Kami percaya badminton yang mempunyai ramai peminat di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara ialah landasan yang terbaik bagi memperkenalkan jenama Li-Ning memandangkan peminat badminton pasti mengenali kami daripada tajaan profil tinggi kami dengan pasukan badminton kebangsaan China.

''Li-Ning merupakan salah satu daripada empat jenama sukan terkemuka di dunia dengan produk yang dijual di seluruh China, Asia Tenggara, Asia Tengah, Eropah dan rantau lain,'' katanya yang ditemui pada majlis pelancaran di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Li-Ning juga telah menaja beberapa orang atlet yang dihormati sebagai sebahagian daripada inisiatif kesedaran jenama global.

Ini termasuk bintang bola keranjang seperti Baron Davis, Shaquille O'Neal dan Jose Calderon, atlet lompat galah wanita juara dunia dari Rusia, Yelena Isinbeva, perejam lembing nombor satu dunia Andreas Thorkildsen dari Norway dan bintang tenis Croatia, Ivan Ljubicic.

Menurut Lim, beliau yakin produk Li-Ning yang dihasilkan berasaskan penyelidikan dan pembangunan intensif dan berasaskan konsep reka bentuk asli akan mendapat sambutan yang baik di pasaran Malaysia.

Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh pengasas Li-Ning, Li Ning, johan perseorangan badminton lelaki Sukan Olimpik Beijing 2008, Lin Dan, pasukan badminton kebangsaan China dan ketua jurulatihnya, Li Yong Bo.