Wednesday, October 26, 2011

Rangking Dunia

Rangking no 1 Dunia akan menyebabkan pemain bertaraf dunia tertekan...walaupun itu rangking Dunia menentukan kehebatan seorang pemain....bukan mudah nak mengekalkan rangking no 1 dunia....apa orang akan kata bila mana seorang juara Dunia kalah dengan bukan pilihan...bagi peminat yang terlampau mereka akan katakan apalah denngan pemain bukan pilihan pun kalah....sedarlah hakikat kita ni manusia biasa....tidak terlepas dari kekalahan....kekalahan akan mencetuskan banyak lagi kemenangan untuk seorang pemain handalan.....

Wednesday, September 14, 2011

Persediaan Emosi sangat penting dalam pemainan badminton

Kalau kita lihat tempoh hari perlawanan badminton Lee Chong wei dengan Lin Dan..Semuanya saya simpulkan berkaitan Emosi Control....

Bila mana Dato Lee Chong Wei menang dengan Lin Dan Di Jepun pun semuanya saya simpulkan pasal Emosi Control...

Teknik dan taktik dah okey.....tapi Emosi Control menentukan seorang pemain itu berjaya atau tidak....

Sekian bersambung..

Datuk Lee Chong Wei dan Tey Seu Bock santai merangka strategi

Saya nak share laman blog ini...http://www.gajiharihari.com/blog/?p=212

dalam blog ini menceritakan ....

Saya nak kongsi info pasal jaguh badminton negara kita Datuk Lee Chong Wei

Kesempatan menjalani latihan terpencil di Universiti Bath, England digunakan sepenuhnya Datuk Lee Chong Wei dan Tey Seu Bock merangka strategi bagi menghadapi Kejohanan Dunia di London minggu depan dengan perbincangan berlangsung dalam suasana cukup santai.

Tegas Seu Bock, cukuplah dengan bahang yang kian dirasai Chong Wei ketika kejohanan tinggal lima hari di Arena Wembley, Isnin ini, beliau tidak mahu menambah tekanan jaguh No. 1 dunia itu dengan melakukan perkara yang tidak perlu, seperti perbincangan yang terlalu serius.

Sejak tiba di Bath, Rabu lalu, Seu Bock dan Chong Wei melakukan semua yang perlu dibuat oleh jurulatih dan pemain, termasuk menganalisis video perlawanan, membaca permainan lawan serta merangka strategi dan pendekatan yang dilakukan mereka kali ini tidak setegang atau seserius biasa.

Jelas Seu Bock, melihat keadaan Chong Wei cukup rileks, ia mengingatkan kepada suasana ketika pemain itu mempertahankan kejuaraan All England di Birmingham, Mac lalu selepas menumbangkan Lin Dan dalam perlawanan akhir.

“Hanya sesi latihan yang berlangsung serius, di sini semua aktiviti kami yang lain berjalan dengan amat santai, termasuklah ketika kami membincangkan strategi. Saya tidak mahu suasana yang terlalu tegang kerana itu hanya akan menambah tekanan Chong Wei.

“Kami ada duduk berbincang mengenai lawan, menonton video serta merangka apa yang perlu dilakukan tetapi ia tidak diadakan dalam sesi khas atau bilik khusus, biasanya kami buat semua itu ketika masing-masing sedang berehat, atau ketika makan, malah ketika berada di spa.

“Chong Wei adalah pemain yang sudah matang, beliau tidak perlu diingatkan tentang sesuatu perkara berulang kali, cukuplah kami berbincang mengenai keperluannya ketika ini. Sambil makan dan duduk sembang-sembang, kami berkongsi pandangan,” ujar Seu Bock ketika dihubungi di Bath, semalam.

Tambah Seu Bock, kurang seminggu menjelang kejohanan 8-14 Ogos itu, persiapan fizikal Chong Wei berada dalam keadaan baik, dengan masalah kecederaan belakang yang sudah hilang sepenuhnya, justeru beliau perlu memastikan keadaan mental pemain itu juga berada dalam tahap serupa.

Katanya, sejak hari pertama tiba di Bath, Chong Wei melakukan latihan penuh, dengan dua sesi sehari, berbanding latihan yang terhad di Kuala Lumpur. Malah, keadaannya turut dipantau rapi oleh pakar dari Institut Sukan Negara (ISN).

Selepas melengkapkan latihan lapan hari di Bath, pasukan badminton negara akan berlepas ke London, pagi ini sebelum memulakan kempen mencari kejuaraan dunia pertama, Isnin ini.

“Semua persiapan berjalan dengan sempurna dan Chong Wei telah dipersiapkan dengan sebaiknya. Sekarang terpulang kepada dia bagaimana hendak menterjemahkan semua yang dijalani di sini, apabila berada di atas gelanggang pertandingan.

“Kalau ditanya tentang keadaan Chong Wei sekarang, saya akan cakap dia di tahap terbaik, namun dalam badminton prestasi pada hari perlawanan akan menentukan sejauh mana pemain itu akan pergi. Kalau Chong Wei boleh teruskan ketenangan dan apa yang dipertontonkan pada All England lalu, dia boleh pergi jauh,” kata Seu Bock lagi. Dipetik dari Utusan Malaysia.

Teknik Footwork

Tahukah anda teknik pergerakan kaki amat penting dalam permainan badminton.Teknik ini merupakan nadi asas dalam permainan badminton ini.Dengan andanya teknik ini pemain dapat membiasakan diri dengan pergerakan kaki dan cara pemukulan bulu tangkis.Latihan ini perlu dilakuakan bagi memastikan langkah yang betul diambil bilamana mengambil bola dari sudut manapun...bola depan cara lain bola belakang cara lain...dan sebaginya.....sambungan....

Tuesday, August 16, 2011

ingat-ingat

Selamat berpuasa bagi para muslimin dan muslimat ditujukan untuk semua penggemar blog teknik bermain badminton.Semoga puasa kita dapat diterima oleh Allah.Malam ini dah malam ke 16 ramadhan....harap-harap kita dapat berlumba-lumba untuk beribadat kepada Allah...minta pada Allah mati dalam iman...pengampunan dosa....

Monday, August 15, 2011

layan beb..

Nampaknya bukan nasib Lee Chong Wei menang dalam perlawanan Badminton dunia itu...tapi kita harus bangga walaupun tewas tentangan tetap dilakukan oleh Lee Chong Wei..usaha keras lagi.....kawal emosi.....kekalahan penentu kejayaan untuk kemenangan akan datang...

Sunday, August 14, 2011

Lin Dan Menang Lagi

Lin Menang Dalam perlawanan dengan Lee Chong Wei...dalam kejohanan dunia semalam ...apa-apa pun adat permainan....Tahniah Kedua-duanya..

Friday, July 1, 2011

Jadikan Sukan Badminton sebagai kerjaya

Pernahkah kita terfikir kita boleh meraih wang jika kita jadikan Sukan badminton sebagai kerjaya.Sebenarnya jadikan target kita sebagai pemain profesional.Kalau boleh usahakan sehingga kita boleh menjadi profesional.Kita boleh bangunkan diri kita untuk kerjaya badminton .Syaratnya kita kena bersungguh-sungguh.Tak salah kita jadi pemain badminton yang berkerjaya.Biar kita jadi macam Dato Lee Chong Wei,Biar kita jadi macam lindan....Tanamkan semangat kita supaya boleh jadikan badminton sebagai kerjaya.

Bakat muda Badminton bersama kelab nusa mahsuri

Menyedari betapa pentingnya pembangunan di peringkat akar umbi, Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan meneruskan kesinambungan programnya. Mulai esok, kem selama tiga hari itu akan 'mengaum' di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Kangar.

Lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek (foto) sekali lagi dijangka mengetuai barisan jurulatih Nusa Mahsuri bagi menyempurnakan misi membimbing bakat-bakat muda di negeri utara Semenanjung Malaysia itu.

Sumber rujukan

http://nusamahsuri.blogspot.com/2011/06/bakat-muda-terima-sentuhan-misbun-di.html

Teknik Tangan Jahat

Post kali ini saya ingin kongsikan tentang Teknik Tangan Jahat?apa itu teknik tangan jahat...ramai orang mengetahui teknik tangan jahat berkaitan penguasaan sesorang dalam menguasai pergelangan tangan.Penguasaan pergelangan tangan amat penting bagi membolehkan seseorang itu membaca pergerakan lawan dan menghantar bola tepat pada tempat yang dituju.Untuk tahu lebih lanjut tentang teknik itu saya akan posting kemudian ...mengantuklah baru sampai dari kulim balik kampung ke johor.

Sunday, June 26, 2011

Teknik menguatkan pukulan belakang (Stroke)

Mengikut pengalaman saya dalam melatih pelajar-pelajar , untuk menguatkan pukulan stroke kita perlulah tekan tubi paling kurang 50 kali.Kemudian barulah kita ambil reket tenis untuk buat pukulan stroke bersama pelatih.Setelah 1/2jam menggunakan reket tenis gantilah reket tenis tadi dengan reket badminton.Kemudian cubalah rasa pukulan stroke kita macamana....kalau hari-hari kita latih begitu pastinya pukulan stroke kita akan bertambah kuat.Cuba dulu baru tahu.......layan...

Thursday, June 16, 2011

Penyerahan bendera kepada pasukan adtec kulim



Penyerahan bendera kejohanan sukan iljtm semalaysia 2011 telah diadakan pada 15 jun 2011 pada pukul 9.00pg di dewan kuliah adtec kulim.Pasukan teknik bermain badminton telibat dalam perlawanan ini terdiri daripada 10 org pelajar.Perlawanan ini akan diadakan dengan kaedah piala sudirman.

Saturday, June 4, 2011

Perlawanan Badminton ILJTM Satu Malaysia

Bertempat di ILP PEDAS dan ADTEC MELAKA akan diadakan pertandingan sukan Satu malaysia ILJTM tahun 2011.Perlawanan akan bermula pada 19hb hingga 23hb Jun 2011.Kejohanan ini diadakan bagi Institut Dibawah Jabatan Tenaga manusia.Group Teknik Bermain Badminton akan turut sama bertanding didalam perlawanan ini mewakili ADTEC KULIM.Doakan Semoga Berjaya.

Sunday, May 29, 2011

Piala Sudirman

Pasukan China mempertahankan kejuaraan Badminton Piala Sudirman dengan Mengalahkan Pasukan Dermark 3-0 semalam.Tahniah....

Saturday, May 28, 2011

Perlawanan persahabatan

Hari ini pasukan kami mengadakan perlawanan dgn jmti menang 3 perlawanan berbanding 5.

Monday, May 23, 2011

Dah Lama Tak update Blog

Salam Kepada Semua pengunjung Blog Teknik Bermain Badminton...Tq Kerana mengunjungi blog ini...Dah lama saya tak update blog ini sebab kesibukan latihan untuk Player pasukan Pelajar Ke Sukan 1 Malaysia.Disamping jadual yang padat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran Di Institut ini.Akan Datang saya ingin kongsikan .........

Thursday, March 31, 2011

KURSUS KEJURULATIHAN BADMINTON TAHAP 1. -Zon Semenanjung Tengah

KURSUS KEJURULATIHAN BADMINTON TAHAP 1. -Zon Semenanjung Tengah

Dengan hormatnya ingin saya menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan kerjasama MSNM akan rlengadakan Kursus Kejurulatihan Badminton Tahap 1 {Zon
Semenanjung Tengah) pada tarikh dan tempat berikut:
Kursus Kejurulatihan Badminton Tahap I
Tarikh : 20 -24 April 2011
Tempat : Institut Pendidikan Tengku ,{mpuan Afzan l(uala Lipis, Kilometer 10, Jalan Padang Tengku, 27200 Kuala Lipis Pahang Darul Makmur
Masa : 20 -23 April @ 8:30am - 6:30pm & 24 April @ 8:30am * 12:30pm

3. Syarat-syarat pennohonan adalah seperti berikut:
3.1 Umur l8 tahun ke atas
3.2 Tarikh tutup pada 11 April 2011.
3.3 Yuran sebanyak RM 300 seorang (dibayar kopada Persatuan Badminton Malaysia dengan cek atau akaun RHB Bank 21418310121207 sebelunm tarikh
tutup). Slip pembayaran bank (beserta nama dan No" kad pengenalan)
hendaklah dikemukan kepada BAM melalui fax (03-2094 5855)
3.4 Yuran tidak akan dikembalikan kepada peserta yang gagal hadir kursus.
3"5 Semua perbelanjaan menghadiri kursus adalah dibawah tanggungan sendiri
kecuali makan tengah hari".
3.6 Peserta dikehendaki membawa bersama pakaian dan kelengkapan badminton.
3.7 BAM akan meneruskan / membatalkan kursus sekiranya jumlah poserta
mencukupi / kurang (wang yuran akan dikembalikan sekiranya BAM
memutus untuk membatalkan kursus).

Monday, March 21, 2011

Tips Taktikal permainan badminton untuk single

Teknik Terbaik untuk mematikan bola dalam perlawanan

Saksi beberapa teknik yang boleh di praktiskan bagi membolehkan kita memenangi perlawanan badminton secara bertaktik.Dalam Video ini perlawanan antara Pete Gade dan Lin Dan Banyak taktik yang boleh dipelajari.

Lee Chong Wei Kalahkan Lin Dan

Untuk perlawanan ALL England Tempoh Hari Saya dapati Pemain Badminton Nombor 1 Dunia telah mempelajari banyak teknik dan helah bagi mengalahkan Lin dan.Yang paling saya nampak Dato Lee Chong Wei telah menampakan kematanganya dalam mengawal emosi dan tekanan didalam perlawanan tempoh hari.Kekurangan melakukan enforces error telah pun dikurangkan.nanti akan disambung......best pulak adik-adikku......TV1

Wednesday, March 9, 2011

Teknik untuk menguatkan pertahanan badminton

Hari ini saya ingin kongsikan satu pengalaman penting teknik untuk membuatkan pertahanan kita kuat dari serangan lawan dalam permainan badminton.Bagi yang selalu katakan teknik mengawal pukulan kedinding satu yang membazir tanggapan itu salah.Sebenarnya kepantasan kita menmgawal pukulan kedinding serta mengawalnya adalah satu teknik yang berkesan bagi menguatkan pertahanan.

Wednesday, March 2, 2011

Teknik posesi dalam pemainan double

Kesefahaman dalam pemainan badminton amat perlu ....teknik membetulkan posesi semasa mengambil bola badminton menjadi asas kepada suatu corak pemainan badminton yang hebat.Amati Video dibawah......

Tuesday, March 1, 2011

Monday, February 28, 2011

Contoh kelajuan Smash

Teknik yang betul dalam smash boleh menghasilkan pukulan yang begitu jitu ....contoh yang terbaik lihat ujian kelajuan smash oleh seorang pemain bergu terkenal Tan Boon Heong kelajuan smash nya mencecah 421km/j...


Sunday, February 27, 2011

Selaraskan kelajuan Shuttle

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk membuat penyelarasan speed bulu tangkis secara manual.Lihat Video dibawah


Saturday, February 26, 2011

Teknik Smash Yang Betul

Semalan Kita membincangkan bagaimana hendak memegang reket ketika smash ,untuk sesi kali ini kita akan belajar teknik asas smash.

Friday, February 25, 2011

Teknik memegang reket semasa pukulan smash

Semalam Kita belajar bagaimana hendak meningkatkan smash.Untuk Kali ini saya ingin berkongsikan video bagaimana cara yang betul untuk memukul pukulan smash dengan teknik pegang yang tepat.

Thursday, February 24, 2011

Wednesday, February 23, 2011

Teknik menguatkan Pukulan BackHand Hadapan

Disini ditunjukan bagaimana untuk menjadikan pukulan backhand hadapan kita menjadi power??????

Monday, February 21, 2011

Meningkatkan Stamina Pemain

MUDAH merasa lelah? Berikut ini cara mengatasinya sehingga stamina tetap tinggi.

1. Olahraga, olahraga, olahraga!
Menurut James Rippe, ahli jantung sekaligus Direktur Rippe Lifestyle Institute di Shrewsbury, Massachusetts, AS, olahraga, terutama jenis aerobik, adalah obat terbaik mengatasi kelelahan dan menambah energi. Olahraga aerobik, seperti bersepeda, berenang, dan lari, akan memperkuat jantung sehingga lebih banyak lagi pasokan oksigen yang sampai ke tubuh. Lebih banyak oksigen, artinya lebih panas lagi organ dalam dapat bekerja sehingga meningkatkan efisiensi produksi energi.

2. Minum lebih banyak
Kurang cairan adalah penyebab kelelahan. Jika tubuh kekurangan cairan, darah mengental. Akibatnya, aliran darah menjadi lambat dan butuh waktu lebih bagi sel tubuh untuk mendapatkan oksigen.

3. Makan sedikit, tetapi sering
Makanlah dengan porsi kecil bergizi seimbang, tetapi sering. Makan porsi besar kaya karbohidrat menyebabkan gula darah membumbung. Ini membuat lebih banyak insulin yang dikeluarkan tubuh. Kondisi ini akan menyebabkan terlalu banyak gula darah dikirim ke sel otot untuk disimpan. Inilah biang keladi kelelahan.

4. Konsumsi suplemen vitamin, mineral, dan asam lemak omega 3
Dr Roberta Lee, Direktur Continuum Center for Health and Healing di Beth Israel Medical Center, New York, AS, menyarankan asupan multivitamin dan mineral untuk pasien yang kelelahan. Mengapa? Vitamin antioksidan membantu tubuh menetralkan kerusakan dalam sel karena serangan radikal bebas. Mineral mendukung kinerja hati dan ginjal dalam melakukan kerja detoksifikasi tubuh. Asam lemak omega 3 membantu kerja setiap sel tubuh agar berjalan mulus.

5. Ubah rutinitas
Bila kegiatan sehari-hari sudah dapat ditebak, ubah kebiasaan itu. Ini dapat menyebabkan kebosanan, biang keladi penguras energi. Coba dengarkan jenis musik baru, tempuh rute baru ke kantor, atau ngobrol dengan orang baru.

6. Beri prioritas
Buat daftar hal paling penting dalam hidup, apa yang ingin Anda lakukan. Melakukan hal yang tak diinginkan, kata Tony Schwartz, pengarang buku The Power of Full Engagement, akan menghabiskan energi.

7. Istirahat sejenak
Manusia sudah diprogram oleh Yang Maha Kuasa untuk bergerak antara menghabiskan dan meregenerasi energi. Siklus ini, kata Schwartz, berlangsung selama 90-120 menit selama waktu terjaga. Jika kita mengabaikan itu, akan mudah kelelahan. Istirahatlah beberapa menit untuk memulihkan energi.

DIY
Source : kompas.com

Sirkut Kebangsaan Kuala Terengganu Proton

Pasangan Bergu Campuran Tan Boon Leong Dan Chin Eee Hui Telah memenangi pertandingan badminton acara bergu campuran menentang pasukan muda negara dengan keputusan (13 -21, 21 - 18 ,21-16)

Saturday, February 19, 2011

Formula pemakanan yang terbaik untuk semua

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Saturday, February 5, 2011

Latihan Asas Permaian Badminton (Pengambilan Bola Belakang)

Teknik asas permainan badminton adalah dengan ada dapat menguasai teknik mengambil bola belakang.Teknik mengambil bola belakang yang betul akan menghasilkan pukulan yang bukan half court.Bola return yang baik adalah dari hasil mengambil bola belakang yang baik.Disini saya kongsikan bagimana teknik menghasilkan mengambil bola belakang yang betu1.



Didalam video ini anda akan belajar cara bagaimana teknik menguasai Footwork yang betul bagi menghasilkan pengambilan bola belakang yang baik.Dalam video ini anda diberikan kelemahan yang biasa dilakukan untuk menghasilkan atau mengambil bola belakang...

Wednesday, February 2, 2011

Latihan Teknik Footwork

Disini saya ingi berkongsi bagaimana hendak melaksanakan latihan Teknik Footwork.Sila amati video di bawah untuk tontonan.

Bahagian 1



Bahagian 2



Bahagian 3



Bahagian 4

Belajar Dari Asas Badminton menggunakan Teknik FootWork

Seperti yang dikongsikan dalam artikel yang lepas bahawa teknik Footwork adalah teknik asas bagi seorang yang ingin bermain badminton.Teknik Ini perlu dikuasai oleh seoarang pemain bagi memudahnya mengawal gelangang.Teknik yang betul dapat memberikan kita satu kelebihan yang mana sesorang dapat menganggarkan bola yang keluar dari gelanggang.Untuk seorang itu mahir teknik Footwork pastikan sebelum bermain badminton bagi masa lebih kurang setengah jam untuk belatih teknik Footwork ini.Untuk tontonan tuan puan yang ingin melihat asas pergerakan dalam permainan badminton lihat vedio sebagi tontonan anda....


Bahagian 1



Bahagian 2

Teknik FootWork

Satu lagi teknik yang harus dipelajari bagi pemula atau beginer untuk bermain badminton adalah teknik kawalan gelanggang atau dikenali sebagai Footwork.Teknik ini menjadi asas kepada kejayaan seorang pemain untuk mengawal gelanggang.Lihat Video di Bawah Bagaimana 2 jaguh dunia mengawal teknik kawalan gelanggang yang sempurna bagi membolehkan permainan badminton menjadi seni yang begitu hebat untuk pandangan umum.

Disini saya ingin berkongsi video asas Teknik Footwork untuk tontonan tuan puan





Pergerakan Perlahan Dato' Lee Chong Wei



Latihan Dato Lee Chong Wei

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk menguatkan pertahanan anda sebagai seorang pemain badminton.Langkah yang ingin saya kongsikan ini adalah hasil terbitan daripada latihan Dato Lee Chong Wei....sungguh powerful pertahanan......

Monday, January 31, 2011

Chong Wei Gagal Pertahankan Gelaran Terbuka Korea

KUALA LUMPUR, 30 Jan -- Juara bertahan Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan gelaran Kejohanan Badminton Terbuka Korea apabila tewas kepada bintang sensasi China, Lin Dan, pada perlawanan akhir di Seoul, Ahad.

Walaupun Chong Wei berada pada ranking nombor satu dunia tetapi terpaksa mengakui kehebatan Lin Dan, yang menarik diri dari saingan suku akhir Terbuka Malaysia minggu lepas, dengan keputusan 21-19, 14-21 dan 21-16.

Kejayaan Lin Dan itu merupakan kejuaraan pertama siri super untuk dirinya tahun ini selepas Chong Wei membuka musim baru dengan merangkul Terbuka Malaysia.

Sebagai rekod, Chong Wei baru lapan kali mencatatkan kemenangan ke atas Lin Dan dalam 22 pertemuan antara mereka.

Kejohanan Terbuka Korea menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$1.2 juta (RM3.6 juta).

Sementara itu, dalam beregu lelaki, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea Selatan mudah menundukkan beregu nombor satu dunia Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark 21-6, 21-13.

Pada acara final perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran, peserta China berentap sesama sendiri untuk merebut kejuaraan.

Dalam perseorangan wanita, pemain nombor satu dunia Wang Yihan menebus kekalahannya pada Terbuka Malaysia minggu lepas dengan mengatasi Wang Shixian 21-14, 21-18.

Dalam beregu wanita, Wang Xiaoli/Yu Yang menewaskan Tian Qing/Zhao Yunlei 21-18, 19-21, 21-4 manakala dalam beregu campuran Zhang Nan/Zhao Yunlei menundukkan Jiaming Tao/Tian Qing 21-17, 13-21, 21-19.

-- BERNAMA

Monday, January 24, 2011

Taufik Hampa

Kuala Lumpur (ANTARA News) - Pebulu tangkis Indonesia gagal mempersembahkan gelar tunggal putra dalam Malaysia Open Super Series 2011, setelah Taufik Hidayat kalah dari pemain Malaysia Lee Chong Wei, dengan dua set langsung 8-21, 17-21.

Dalam pertandingan yang berlangsung di stadion Putra Bukit Jalil, Minggu, Taufik pada set pertama sulit mengembangkan permainan karena terus mendapatkan tekanan dari Chong Wei sehingga banyak pukulannya yang keluar dan menyangkut di net. Set pertama ditutup dengan 8-21.

Pada set kedua, Taufik mencoba bangkit dengan terus menyerang, namun Chong wei melayani permainan lawannya itu. Bahkan, sejumlah pukulan smash yang tajam dan mematikan, semakin memberatkan Taufik untuk meraih angka.

Set kedua juga masih dikuasai oleh pemain Malaysia tersebut, sehingga Taufik akhirnya menyerah dengan angka 17-21.

Seusai pertandingan Taufik mengakui lawannya bermain bagus dan Chong Wei mendapat dukungan penuh dari penonton.

"Dia bermain bagus, sedangkan saya sulit mengembangkan permainan. Ya, itulah hasilnya, dia menang," Ungkap Taufik.

Namun demikian, lanjut dia, dirinya akan berusaha mengalahkan Chong Wei bila bertemu di turnamen lainnya.

Di sisi lain, Chong Wei merasa kemenangannya untuk Malaysia, karena hanya dia satu-satunya pemain yang tersisa mewakili negaranya.

"Saya berusaha melakukan yang terbaik dan kemenangan ini adalah untuk negara," ungkapnya.

Sementara itu, kekalahan Taufik ini membuat tidak ada satupun pemain Indonesia yang ikut dalam turnamen tersebut meraih juara. Empat partai lainnya, yaitu tunggal putri, ganda putra, ganda putri, dan ganda campuran diborong oleh pemain-pemain China.

Bukan Wang Jadi sandaran oleh Dato Lee Chong Wei

Chong Wei enggan habuan lumayan gugat tumpuan

TERBUKA Korea Selatan - medan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1.2 juta (RM3.8 juta) - harus mencengkam minda Lee Chong Wei (gambar) ketika dia membuat setiap lawan ghairah mahu menumbangkan juara bertahan itu dan pulang dengan kocek kembong.

Juara perseorangan lelaki akan menerima AS$90,000 (kira-kira RM300,000) dan dengan kehadiran juara dunia dan Olimpik, Lin Dan serta naib juara Terbuka Malaysia, Taufik Hidayat, jagoan negara meniti ranjau sukar dalam kejohanan terkaya itu.

Chong Wei yang berlepas ke Seoul malam kelmarin sebaik menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ketujuh tidak melihat elemen seumpama ini akan mengganggu misi membawa pulang kejuaraan, malah menunjukkan wajah bersifat tenang.
“Saya tidak mahu memikirkan soal siapa lawan, kerana saya mahu menghadapinya satu persatu,” katanya.

“Apa yang penting, saya mahu fokus kepada persiapan diri,” katanya yang ditemani penolong jurulatih, Tey Seu Bock.

Setakat ini dua kejohanan sudah berjaya dimenanginya dan kini hanya tinggal satu lagi buat Chong Wei melengkapkan misi gemilang, bulan ini apabila turun beraksi mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea, esok.

Namun, tidak seperti dua kejohanan sebelum ini, permata negara itu mengakui misi terakhir kali ini lebih getir dan mencabar kerana hampir semua pemain terbaik dunia beraksi dalam kejohanan paling mahal dalam sejarah.
Berdasarkan undian, Chong Wei yang diletakkan selaku pilihan pertama akan memulakan cabaran menentang pemain Denmark, Jan O Jogensen di pusingan pertama dan menantinya di pusingan kedua dijangka pemain tuan rumah, Park Sung-hwan.

Seandainya melepasi halangan itu, Chong Wei dijangka bertemu juara dunia 2010, Chen Jin yang juga pilihan kelima di suku akhir sebelum seorang lagi wakil Tembok Besar sama ada Chen Long atau Bao Chunlai menantinya di separuh akhir.

Pada awal bulan, dia turut berjaya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Siri Super Final di Taiwan.

Sementara itu, Seu Bock yang dihubungi di Korea berkata, Chong Wei dalam keadaan fizikal dan semangat yang tinggi walaupun cuaca sejuk di bawah 5 darjah celsius.

“Dia tidak suka dengan cuaca sejuk,” katanya. “Dia perlu berhati-hati kerana semua pemain yang bertemunya bukan mahu memenangi kejohanan tetapi mahu menumbangkannya. Jadi, dia perlu fokus kepada setiap lawan yang ditemui,” katanya.

Sumber Berita Harian 25/1/2011

Lin Dan tarik diri

PEMINAT tempatan yang mahu menyaksikan kehebatan bintang sensasi dari China, Lin Dan meneruskan aksi dalam saingan Terbuka Malaysia terpaksa berputih mata apabila pemain itu menarik diri pada pusingan suku akhir, semalam selepas dinasihatkan berehat akibat kecederaan di bahagian kiri abdominal (perut).

Pengadil kejohanan, Jane Wheatley berkata pakar perubatan daripada Institut Sukan Negara (ISN), Dr Khairulina Khalid telah melakukan pemeriksaan rapi selepas pemain China itu mengalami kesakitan semasa sesi pemanasan badan, pagi semalam.

PEMINAT tempatan yang mahu menyaksikan kehebatan bintang sensasi dari China, Lin Dan meneruskan aksi dalam saingan Terbuka Malaysia terpaksa berputih mata apabila pemain itu menarik diri pada pusingan suku akhir, semalam selepas dinasihatkan berehat akibat kecederaan di bahagian kiri abdominal (perut).

Pengadil kejohanan, Jane Wheatley berkata pakar perubatan daripada Institut Sukan Negara (ISN), Dr Khairulina Khalid telah melakukan pemeriksaan rapi selepas pemain China itu mengalami kesakitan semasa sesi pemanasan badan, pagi semalam.
"Menerusi pemeriksaan yang dilakukan, Lin Dan disahkan tidak lagi cergas untuk meneruskan perlawanan selepas ini dan diminta berehat serta melakukan fisioterapi. Dikhuatiri kecederaan pemain itu akan bertambah teruk jika dia masih meneruskan perlawanan," kata pengadil dari Australia itu.
Dia dimaklumkan kecederaan yang berlaku itu adalah kecederaan lama pemain berkenaan yang diletakkan sebagai pemain pilihan kelima kejohanan.

Penarikan diri Lin Dan pada pusingan suku akhir semalam memberikan kemenangan percuma kepada rakan senegaranya, Chen Long.


Berita Harian
22/1/2011

Silaturahim Antara Jurulatih dan Pemain Masih Akrab




Berpelukan... Datuk Lee Chong Wei menuju ke arah Datuk Misbun Sidek sebaik sahaja menamatkan perlawanan akhir perseorangan lelaki Super Series Terbuka Malaysia 2011 sebentar tadi dan seterusnya dinobatkan sebagai juara kejohanan itu buat kali ke tujuh.


BAM perlu mengambil tindakan drastik....untuk mengekal Misbun Sebagai Jurulatih Lee Chong Wei.Untuk Kepentingan Negara.

Keputusan Penuh Akhir SS Terbuka Malaysia 2011

Disini keputusan sebenar Akhir SS Terbuka Malaysia

KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA MALAYSIA PROTON 2011
TARIKH: 23 JANUARI 2011
VENUE: STADIUM PUTRA, KOMPLEKS SUKAN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
AKHIR

BERGU CAMPURAN
*7 He Hanbin/Ma Jin (Chn) mn *5 Jiaming Tao/Tian Qing (Chn) 21-13, 13-21, 21-16 [64 minit]
BERGU LELAKI
*5 Chai Biao/Guo Zhendong (Chn) mn Mads Conrads Petersen/Jonas Rasmussen (Den) 21-16, 21-14 [41 minit]
PERSEORANGAN WANITA
*2 Wang Shixian (Chn) mn *3 Wang Yihan (Chn) 21-18, 21-14 [39 minit]
BERGU WANITA
*8 Tian Qing/Zhao Yunlei (Chn) mn *6 Wang Xiaoli/Yu Yang (Chn) 21-12, 6-21, 21-17 [50 minit]
PERSEORANGAN LELAKI
*1 Datuk Lee Chong Wei (Mas) mn *2 Taufik Hidayat (Ina) 21-8, 21-17 [37 minit]

Wednesday, January 12, 2011

Projek Sekolah Badminton Oleh BWF

Idea penubuhan sekolah badminton telah diperkenalkan oleh BWF pada tahun 2010 dan 2011 bagi mengalakan pembangunan sukan badminton Di Dunia.

Tujuan penubuhan Projek Sekolah Badminton oleh BWF adalah untuk menyediakan guru-guru / sekolah dengan 'starter kit' sebuah badminton yang mengandungi siri rancangan pelajaran, aktiviti dan peralatan untuk memperkenalkan badminton kepada anak-anak di sekolah.

Ini akan menjadi program mudah diakses untuk sekolah, yang menggabungkan amalan terbaik saat ini dan bertindak sebagai mangkin untuk membangunkan badminton sebagai sukan di seluruh dunia untuk sekolah.

Guru yang menghadiri suatu kursus latihan yang fleksibel akan mampu memberikan "Sekolah Badminton Kit" Program.

Dua penekanan yang diberiakan oleh BWF untuk sekolahbadminton :

1. Sekolah Badminton Kit permulaan
2. Sekolah Badminton Kit Peningkatan

Silibus akan bersesuaian pada peringkat umur sekolah rendah dan sekolah menengah.

Rangking Terbaru Perseorangan Lelaki awal 2010

Monday, January 10, 2011

Latihan Fizikal Untuk Mengelakan Kebuncitan

Salah satu cara paling sederhana yang sudah banyak dikenal untuk membakar lemak tubuh adalah latihan kardio. Dan untuk mengecilkan perut, latihan ini juga sangat disarankan agar hasilnya lebih efektif. Tapi, apakah Anda bingung untuk memilih latihan kardio apa yang bisa Anda lakukan? Berikut ini ada 4 jenis latihan kardio yang sederhana tapi sangat baik dan efektif dalam membantu mengecilkan perut.

Jalan kaki
Berjalan kaki dapat menjadi latihan yang efektif untuk membakar lemak dan mengecilkan perut, tapi sebaiknya berjalanlah dengan langkah lebih cepat.

Berlari
Lari adalah latihan kardio favorit bagi banyak orang. Dengan berlari, kita akan melatih seluruh tubuh dari kepala sampai kaki. Lari juga dapat dilakukan di dalam rumah seperti di atas treadmill atau di udara terbuka. Selain sangat baik untuk membakar lemak tubuh, berlari juga akan melatih otot perut dengan baik. Jika Anda menempatkan tangan di perut Anda saat berlari, perut akan terasa lebih keras, yang menjadi tanda kalau otot perut Anda juga sedang bekerja.

Bersepeda
Bersepeda adalah latihan kardio lain yang sangat baik untuk membakar lemak dan mengecilkan perut. Kegiatan ini dapat dilakukan di luar ruangan sebagai bagian dari perjalanan menuju tempat tujuan misalnya, atau dapat dilakukan di sepeda stasioner. Namun sebaiknya Anda hindari berlatih dengan sepeda stasioner yang memiliki sandaran karena membuat intensitasnya jadi sangat rendah dan tidak optimal untuk membakar lemak. Jika Anda berlatih dengan sepeda stasioner, selain mendapatkan manfaat latihan aerobiknya, juga akan melatih kaki Anda.

Berenang
Berenang bukan hanya sekedar latihan kardio, tapi juga merupakan latihan kekuatan. Anda dapat melihat tubuh luar biasa yang dimiliki para perenang profesional. Berenang membutuhkan stamina dan kekuatan yang besar. Ketika berenang, kita juga akan membangun otot yang membantu dalam proses pembakaran lemak, jadi kita akan dapatkan manfaat ganda dari berenang.

Latihan kardio memang sangat penting dalam program mengecilkan perut, tapi itu saja tidak cukup. Mengatur pola makan yang sehat dan menambahkan latihan beban dalam olahraga kita juga merupakan bagian penting dari proses mengecilkan perut.

Kemelut Kehilangan Jurulatih Tidak melemahkan Chong Wei




Lee Chong Wei (kiri) dan Peter Hoeg Gade saling mengucap tahniah selepas perlawanan akhir kejohanan Super Siri Masters Akhir di Stadium Hsinchuang, Taiwan, semalam. - REUTERS

KUALA LUMPUR - Krisis jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek yang belum berpenghujung, langsung tidak menganggu fokus Datuk Lee Chong Wei, sebaliknya dia memulakan tahun baru 2011 dengan langkah kanan, selepas merangkul gelaran hatrik Kejohanan Badminton Super Siri Masters Akhir di Taiwan, semalam.

Biarpun sedar ada isu besar bakal menanti sekembalinya dia ke tanah air nanti, Chong Wei tidak menterjemahkan kekusutan ke dalam gelanggang, malah mengekalkan rekod bersih tanpa melepaskan sebarang mata ketika membenam jaguh Denmark, Peter Hoeg Gade 21-9, 21-14.

Pemain No. 1 dunia itu hanya memerlukan 40 minit untuk menundukkan Gade, sekali gus memenangi kesemua lima perlawanannya di Taiwan menerusi keputusan straight-set untuk membuka tirai 2011 dengan kecemerlangan.

Kemenangan ini juga menjadikan Chong Wei sebagai pilihan utama untuk merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ketujuh pada 18-23 Januari ini, meskipun bakal bersua kembali dengan musuh ketat, Lin Dan.

Malah, kemenangan di Taiwan semalam turut membolehkan jaguh dunia itu membawa pulang hadiah lumayan AS$$40,000 (RM128,000). Super Siri Masters Akhir, yang memasuki edisi ketiga menawarkan hadiah keseluruhan AS$$500,000 (RM1.6 juta).

Sementara itu, saingan beregu lelaki menampilkan juara baru dengan pasangan No. 1 dunia, Carsten Morgensen-Mathias Boe dari Denmark menundukkan penyandang juara, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan 21-17, 21-15.

Kecuali perseorangan dan beregu lelaki, gergasi badminton dunia, China mendominasi tiga saingan lain - perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran.

Pemain No. 2 dunia, Wang Shixian hanya memerlukan 40 minit untuk mengetepikan pencabar dari Korea Selatan, Bae Youn Joo 21-13, 21-15.

Kombinasi baru Wang Xiaoli-Yu Yang pula mengejutkan rakan senegara yang juga pilihan kedua, CHeng Su-Zhao Yunlei 21-7, 21-17, manakala juara All England, Zhang Nan-Zhao Yunlei mempertahankan gelaran beregu campuran dengan mengalahkan Sudket Parapakamol-Saralee Thoungthongkam dari Thailand 21-17, 21-12.


Sumber dari

Utusan Malaysia

Rupa-rupanya ranjau Misbun belum berakhir

Rupa-rupanya ranjau Misbun belum berakhir

DALAM kita menyambut kemeriahan tahun baru dan kemenangan pasukan bola sepak kebangsaan merebut Piala Suzuki AFF, kita juga dikejutkan dengan Datuk Misbun Sidek meletakkan jawatan sebagai jurulatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pastinya Misbun mempunyai sebab yang kuat sehingga mendorongnya melepaskan jawatan. Tanpa sebab yang cukup kuat, saya percaya beliau tidak akan mengambil tindakan yang begitu nekad sekali. Beliau rasanya telah cukup berkorban untuk sukan badminton negara, seperti yang ditunjukkan diketika isteri beliau mengalami masalah kesihatan yang memerlukan pembedahan khusus di China.

Walaupun pernah dipotong gaji selepas Sukan Olimpik Athens 2004, dia masih menerimanya dan tidak meletak jawatan. Beliau telah dikatakan tidak melatih jumlah pemain yang cukup, namun beliau masih lagi tidak meletakkan jawatan.

Saya mengetahui dua insiden sebelum ini yang secara langsung melibatkan beliau, iaitu pihak Imigresen tidak membenarkan beliau mengiringi pasukan badminton keluar negara sehingga saya terpaksa menelefon Ketua Pengarah Imigresen pada malam itu untuk mendapatkan kepastian. Ada orang yang menyampaikan maklumat kepada pihak Imigresen, yang membuatkan beliau ditahan dari keluar negara untuk seketika. Apabila beliau dianugerahkan gelaran Datuk oleh pentadbiran kerajaan Melaka, ada juga pihak yang ingin menggagalkan hasrat tersebut, dengan memberikan maklumat yang kurang enak, tidaklah kira sama ada maklumat itu betul atau tidak.

Demikianlah di antara ranjau-ranjau yang dihadapi oleh Misbun dalam hidupnya setakat ini.

Semasa Sukan Olimpik 2004 Athens, ketika kontinjen negara berada dalam keadaan tertekan, kerana gagal memenangi apa-apa pingat yang diharapkan dari sukan badminton, beliau memberitahu saya bahawa jaguh yang akan muncul dalam beberapa tahun yang akan datang yang melonjakkan nama negara ialah Lee Chong Wei.

Misbun dibawa menjadi jurulatih BAM setelah semua jurulatih luar negara gagal memberi impak yang ketara, walaupun mereka ini dibayar gaji yang cukup lumayan. Selain dari itu, saya di pihak MSN bersetuju membawa Misbun menjadi anggota BAM dalam usaha untuk memulihkan masalah di antara BAM dengan Nusa Mahsuri. Beliau bersetuju dengan pelawaan itu dan MSN membayar gaji beliau secara langsung, bukannya BAM. Pada satu ketika, Chong Wei dibawa keluar dari jagaan Misbun, tetapi akhirnya beliau dikembalikan semula dan terus menyinar sehingga sekarang di bawah bimbingan Misbun.

Sebenarnya Misbun dan Chong Wei memerlukan BAM dan BAM juga memerlukan kedua-dua mereka. Misbun dan Chong Wei menyelamatkan maruah BAM dan semua pihak yang bertanggungjawab dalam sukan dengan memenangi pingat Olimpik Beijing 2008, satu-satunya pingat yang dimenangi oleh negara di temasya sukan tersebut.

Jika BAM mengatakan bahawa BAM mengeluarkan banyak wang kepada Misbun dan Chong Wei, maka adalah wajar kerana mereka berdua telah membayar BAM semula melalui kemenangan-kemenangan di Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan kejohanan lain selama ini. Mereka menjadi penyelamat maruah BAM.

Apa jadi dengan sejumlah wang yang banyak yang dibelanjakan oleh BAM kepada jurulatih dan pemain lain, tetapi tidak membawa apa-apa hasil pun.

Tan Sri Elyas Omar selaku Presiden BAM, membawa semua pemain terbaik ke Kuala Lumpur dengan menubuhkan Pusat Latihan Kebangsaan yang dilengkapi dengan jurulatih-jurulatih tempatan dan luar negara, khususnya dari Negara China. Pada masa itu, strategi yang digunakan cukup berkesan sehingga negara kita memenangi Piala Thomas pada tahun 1992.

Kita perlu mengkaji semula model yang diperkenalkan oleh Elyas ini setelah sekian lama dipraktikkan. Saya mencadangkan supaya beberapa pusat latihan diwujudkan dan jurulatih serta pemain-pemain dibahagikan mengikut pusat-pusat ini dan diletakkan di negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka. Meletakkan semua pemain dan jurulatih yang terbaik dalam satu pusat latihan mempunyai risikonya sendiri. Kalau silap percaturan, kesemua bakat yang ada yang terkumpul dalam satu pusat latihan akan musnah dan gagal menjadi pemain yang cemerlang. MSN telah membantu tiga negeri membina gelanggang-gelanggang badminton di Kedah, Perak dan Melaka. Gunakanlah gelanggang-gelanggang ini untuk menjadi pusat latihan badminton untuk melahirkan pemain-pemain yang berkaliber pada masa akan datang dan bukannya menjadi tempat isteri orang kenamaan bermain badminton sahaja.

Utusan Malaysia
6 januari 2010

Lin Dan ada kualiti jadi pemain terbaik dunia - Taufik

BINTANG sensasi China, Lin Dan berada pada kelasnya yang tersendiri apabila mempamerkan prestasi menakjubkan sepanjang saingan kempen Piala Thomas edisi ke-26 di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Selepas kejayaan menundukkan pemain perseorangan No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei (Khamis lalu), kini giliran perseorangan utama Indonesia, Taufik Hidayat (gambar) kecundang di tangan Lin Dan pada final Piala Thomas semalam.

Pada aksi semalam, Lin Dan yang turun selaku perseorangan pertama China mudah membenam cabaran Taufik apabila menca- tatkan kemenangan straight set 21-7, 21-14 bagi menyumbang mata pertama buat pasukannya.

Kehebatan yang dipamerkan Lin Dan sepanjang saingan kali ini ternyata sukar untuk digugat dan ia turut diakui Taufik yang menganggap perseorangan No. 2 dunia itu memiliki kualiti yang cukup bagi bergelar pemain badminton terbaik dunia.

"Lin Dan seorang pemain yang baik dan jika kita melihat prestasinya dalam saingan Piala Thomas kali ini, ternyata dia telah melakukan segala persiapan dengan cukup rapi bagi menghadapi setiap lawannya.

"Jika dia dapat mengekalkan prestasinya seperti sekarang, tidak mustahil dia sekali lagi akan bergelar juara pada Sukan Olimpik 2012 di London nanti," jelas Taufik yang merupakan juara Sukan Olimpik 2004 di Athens.

Mengulas mengenai permainannya pada pertemuan itu, Taufik secara terbuka menyatakan dia berasa sedikit kecewa dengan kekalahan tersebut kerana tidak dapat menyumbang mata buat Indonesia.

"Saya kecewa dengan kekalahan ini dan ternyata Lin Dan beraksi lebih baik daripada saya sehingga dapat membaca segala pergerakan yang saya lakukan.

"Apa-apa pun saya telah mencuba untuk melakukan yang terbaik dan saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat menyumbangkan mata buat Indonesia," katanya.

Sementara itu, Lin Dan yang merupakan juara dunia ternyata puas dengan kejayaan menundukkan dua pencabar utama iaitu Chong Wei dan Taufik dalam saingan Piala Thomas kali ini.

"Saya gembira kerana dapat menewaskan dua pemain terbaik dunia iaitu Chong Wei dan Taufik.

"Saya harap kejayaan ini akan berulang pada pertemuan akan datang," ujarnya.

Harian Kosmo

Kenali Serba Dekat Jaguh Badminton Dunia


Maklumat peribadi

Nama penuh: 李宗伟
Tarikh lahir :21 Oktober 1982
Tempat lahir :Pulau Pinang, Malaysia
Tinggi :1.74 m (5 ft 8+1⁄2 in)
Berat :60 kg (130 lb/9.4 st)
Perseorangan lelaki
Negara Malaysia
Tangan kegemaran: Kanan
Jurulatih :Misbun Sidek

Ranking tertinggi :1 (24 Ogos 2006)
Ranking terkini: 1
BWF ID: 50152
Rekod pingat Olimpik
Peserta untuk Malaysia
Badminton - lelaki
Perak Beijing 2008 Perseorangan

Datuk Lee Chong Wei


Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lee (李).
Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas: 李宗伟; pinyin: Lǐ zōng wěi lahir pada 21 Oktober 1982) seorang pemain badminton professional dari Malaysia. Beliau merupakan pemenang pingat perak bagi acara perseorangan lelaki dalam Sukan Olimpik 2008, mengakhiri kemarau pingat kontinjen Malaysia di Olimpik sejak 1996, dan Najib Tun Razak menganggap beliau sebagai hero nasional melalui kejayaan beliau dalam temasya itu

Kerjaya Badminton
Chong Wei telah bermain badminton di Sukan Olimpik 2004 bagi perseorangan lelaki dengan menewaskan Ng Wei dari Hong Kong pada pusingan pertama. Pada pusingan kedua, Chong tewas kepada pemain dari Republik Rakyat China, Chen Hong. Lee Chong Wei tidak pernah tewas dalam Terbuka Malaysia untuk 3 tahun berturut-turut dimenanginya. Pada tahun 2005, buat pertama kalinya Lee bermain dalam kejohanan bertaraf 5 bintang iaitu Terbuka Danish. Beliau berjaya menjuarai terbuka Malaysia dan memungut pingat gangsa dalam kejohanan dunia. Kemuncak kariernya ialah pada tahun 2006 dimana ketika beliau berjaya merangkul gelaran ranking nombor satu dunia. Pesaing utama Lee Chong Wei ialah Lin Dan, Taufik Hidayat, Bao Chunlai, Sony Dwi Kuncoro dan Peter Gade.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Saturday, January 8, 2011

Pesanan Kepada Peminat Pemainan Badminton

Blog Ini merupakan satu titik tolak bagi mereka yang ingin bermain badminton.Minat sahaja tanpa ada teknik yang betul tidak akan membawa kemana-mana seorang itu dalam arena pemainan badminton.Sesorang yang ingin memulakan pemainan badminton perlu belajar teknik asas permainan badminton.Sesorang yang berkebolehan tapi tidak ada teknik yang betul dalam permainan badminton tidak akan maju....Jadi Belajarlah teknik bermain badminton dan praktis sekurang-kurangnya 3 hari seminggu ......paling kurang.Sekian Terima Kasih