Monday, January 24, 2011

Lin Dan tarik diri

PEMINAT tempatan yang mahu menyaksikan kehebatan bintang sensasi dari China, Lin Dan meneruskan aksi dalam saingan Terbuka Malaysia terpaksa berputih mata apabila pemain itu menarik diri pada pusingan suku akhir, semalam selepas dinasihatkan berehat akibat kecederaan di bahagian kiri abdominal (perut).

Pengadil kejohanan, Jane Wheatley berkata pakar perubatan daripada Institut Sukan Negara (ISN), Dr Khairulina Khalid telah melakukan pemeriksaan rapi selepas pemain China itu mengalami kesakitan semasa sesi pemanasan badan, pagi semalam.

"Menerusi pemeriksaan yang dilakukan, Lin Dan disahkan tidak lagi cergas untuk meneruskan perlawanan selepas ini dan diminta berehat serta melakukan fisioterapi. Dikhuatiri kecederaan pemain itu akan bertambah teruk jika dia masih meneruskan perlawanan," kata pengadil dari Australia itu.
Dia dimaklumkan kecederaan yang berlaku itu adalah kecederaan lama pemain berkenaan yang diletakkan sebagai pemain pilihan kelima kejohanan.

Penarikan diri Lin Dan pada pusingan suku akhir semalam memberikan kemenangan percuma kepada rakan senegaranya, Chen Long.

Berita Harian
22/1/2011

No comments:

Post a Comment