Monday, February 28, 2011

Contoh kelajuan Smash

Teknik yang betul dalam smash boleh menghasilkan pukulan yang begitu jitu ....contoh yang terbaik lihat ujian kelajuan smash oleh seorang pemain bergu terkenal Tan Boon Heong kelajuan smash nya mencecah 421km/j...


Sunday, February 27, 2011

Selaraskan kelajuan Shuttle

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk membuat penyelarasan speed bulu tangkis secara manual.Lihat Video dibawah


Saturday, February 26, 2011

Teknik Smash Yang Betul

Semalan Kita membincangkan bagaimana hendak memegang reket ketika smash ,untuk sesi kali ini kita akan belajar teknik asas smash.

Friday, February 25, 2011

Teknik memegang reket semasa pukulan smash

Semalam Kita belajar bagaimana hendak meningkatkan smash.Untuk Kali ini saya ingin berkongsikan video bagaimana cara yang betul untuk memukul pukulan smash dengan teknik pegang yang tepat.

Thursday, February 24, 2011

Wednesday, February 23, 2011

Teknik menguatkan Pukulan BackHand Hadapan

Disini ditunjukan bagaimana untuk menjadikan pukulan backhand hadapan kita menjadi power??????

Monday, February 21, 2011

Meningkatkan Stamina Pemain

MUDAH merasa lelah? Berikut ini cara mengatasinya sehingga stamina tetap tinggi.

1. Olahraga, olahraga, olahraga!
Menurut James Rippe, ahli jantung sekaligus Direktur Rippe Lifestyle Institute di Shrewsbury, Massachusetts, AS, olahraga, terutama jenis aerobik, adalah obat terbaik mengatasi kelelahan dan menambah energi. Olahraga aerobik, seperti bersepeda, berenang, dan lari, akan memperkuat jantung sehingga lebih banyak lagi pasokan oksigen yang sampai ke tubuh. Lebih banyak oksigen, artinya lebih panas lagi organ dalam dapat bekerja sehingga meningkatkan efisiensi produksi energi.

2. Minum lebih banyak
Kurang cairan adalah penyebab kelelahan. Jika tubuh kekurangan cairan, darah mengental. Akibatnya, aliran darah menjadi lambat dan butuh waktu lebih bagi sel tubuh untuk mendapatkan oksigen.

3. Makan sedikit, tetapi sering
Makanlah dengan porsi kecil bergizi seimbang, tetapi sering. Makan porsi besar kaya karbohidrat menyebabkan gula darah membumbung. Ini membuat lebih banyak insulin yang dikeluarkan tubuh. Kondisi ini akan menyebabkan terlalu banyak gula darah dikirim ke sel otot untuk disimpan. Inilah biang keladi kelelahan.

4. Konsumsi suplemen vitamin, mineral, dan asam lemak omega 3
Dr Roberta Lee, Direktur Continuum Center for Health and Healing di Beth Israel Medical Center, New York, AS, menyarankan asupan multivitamin dan mineral untuk pasien yang kelelahan. Mengapa? Vitamin antioksidan membantu tubuh menetralkan kerusakan dalam sel karena serangan radikal bebas. Mineral mendukung kinerja hati dan ginjal dalam melakukan kerja detoksifikasi tubuh. Asam lemak omega 3 membantu kerja setiap sel tubuh agar berjalan mulus.

5. Ubah rutinitas
Bila kegiatan sehari-hari sudah dapat ditebak, ubah kebiasaan itu. Ini dapat menyebabkan kebosanan, biang keladi penguras energi. Coba dengarkan jenis musik baru, tempuh rute baru ke kantor, atau ngobrol dengan orang baru.

6. Beri prioritas
Buat daftar hal paling penting dalam hidup, apa yang ingin Anda lakukan. Melakukan hal yang tak diinginkan, kata Tony Schwartz, pengarang buku The Power of Full Engagement, akan menghabiskan energi.

7. Istirahat sejenak
Manusia sudah diprogram oleh Yang Maha Kuasa untuk bergerak antara menghabiskan dan meregenerasi energi. Siklus ini, kata Schwartz, berlangsung selama 90-120 menit selama waktu terjaga. Jika kita mengabaikan itu, akan mudah kelelahan. Istirahatlah beberapa menit untuk memulihkan energi.

DIY
Source : kompas.com

Sirkut Kebangsaan Kuala Terengganu Proton

Pasangan Bergu Campuran Tan Boon Leong Dan Chin Eee Hui Telah memenangi pertandingan badminton acara bergu campuran menentang pasukan muda negara dengan keputusan (13 -21, 21 - 18 ,21-16)

Saturday, February 19, 2011

Formula pemakanan yang terbaik untuk semua

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Saturday, February 5, 2011

Latihan Asas Permaian Badminton (Pengambilan Bola Belakang)

Teknik asas permainan badminton adalah dengan ada dapat menguasai teknik mengambil bola belakang.Teknik mengambil bola belakang yang betul akan menghasilkan pukulan yang bukan half court.Bola return yang baik adalah dari hasil mengambil bola belakang yang baik.Disini saya kongsikan bagimana teknik menghasilkan mengambil bola belakang yang betu1.



Didalam video ini anda akan belajar cara bagaimana teknik menguasai Footwork yang betul bagi menghasilkan pengambilan bola belakang yang baik.Dalam video ini anda diberikan kelemahan yang biasa dilakukan untuk menghasilkan atau mengambil bola belakang...

Wednesday, February 2, 2011

Latihan Teknik Footwork

Disini saya ingi berkongsi bagaimana hendak melaksanakan latihan Teknik Footwork.Sila amati video di bawah untuk tontonan.

Bahagian 1



Bahagian 2



Bahagian 3



Bahagian 4

Belajar Dari Asas Badminton menggunakan Teknik FootWork

Seperti yang dikongsikan dalam artikel yang lepas bahawa teknik Footwork adalah teknik asas bagi seorang yang ingin bermain badminton.Teknik Ini perlu dikuasai oleh seoarang pemain bagi memudahnya mengawal gelangang.Teknik yang betul dapat memberikan kita satu kelebihan yang mana sesorang dapat menganggarkan bola yang keluar dari gelanggang.Untuk seorang itu mahir teknik Footwork pastikan sebelum bermain badminton bagi masa lebih kurang setengah jam untuk belatih teknik Footwork ini.Untuk tontonan tuan puan yang ingin melihat asas pergerakan dalam permainan badminton lihat vedio sebagi tontonan anda....


Bahagian 1



Bahagian 2

Teknik FootWork

Satu lagi teknik yang harus dipelajari bagi pemula atau beginer untuk bermain badminton adalah teknik kawalan gelanggang atau dikenali sebagai Footwork.Teknik ini menjadi asas kepada kejayaan seorang pemain untuk mengawal gelanggang.Lihat Video di Bawah Bagaimana 2 jaguh dunia mengawal teknik kawalan gelanggang yang sempurna bagi membolehkan permainan badminton menjadi seni yang begitu hebat untuk pandangan umum.

Disini saya ingin berkongsi video asas Teknik Footwork untuk tontonan tuan puan





Pergerakan Perlahan Dato' Lee Chong Wei



Latihan Dato Lee Chong Wei

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk menguatkan pertahanan anda sebagai seorang pemain badminton.Langkah yang ingin saya kongsikan ini adalah hasil terbitan daripada latihan Dato Lee Chong Wei....sungguh powerful pertahanan......