Wednesday, September 14, 2011

Persediaan Emosi sangat penting dalam pemainan badminton

Kalau kita lihat tempoh hari perlawanan badminton Lee Chong wei dengan Lin Dan..Semuanya saya simpulkan berkaitan Emosi Control....

Bila mana Dato Lee Chong Wei menang dengan Lin Dan Di Jepun pun semuanya saya simpulkan pasal Emosi Control...

Teknik dan taktik dah okey.....tapi Emosi Control menentukan seorang pemain itu berjaya atau tidak....

Sekian bersambung..

Datuk Lee Chong Wei dan Tey Seu Bock santai merangka strategi

Saya nak share laman blog ini...http://www.gajiharihari.com/blog/?p=212

dalam blog ini menceritakan ....

Saya nak kongsi info pasal jaguh badminton negara kita Datuk Lee Chong Wei

Kesempatan menjalani latihan terpencil di Universiti Bath, England digunakan sepenuhnya Datuk Lee Chong Wei dan Tey Seu Bock merangka strategi bagi menghadapi Kejohanan Dunia di London minggu depan dengan perbincangan berlangsung dalam suasana cukup santai.

Tegas Seu Bock, cukuplah dengan bahang yang kian dirasai Chong Wei ketika kejohanan tinggal lima hari di Arena Wembley, Isnin ini, beliau tidak mahu menambah tekanan jaguh No. 1 dunia itu dengan melakukan perkara yang tidak perlu, seperti perbincangan yang terlalu serius.

Sejak tiba di Bath, Rabu lalu, Seu Bock dan Chong Wei melakukan semua yang perlu dibuat oleh jurulatih dan pemain, termasuk menganalisis video perlawanan, membaca permainan lawan serta merangka strategi dan pendekatan yang dilakukan mereka kali ini tidak setegang atau seserius biasa.

Jelas Seu Bock, melihat keadaan Chong Wei cukup rileks, ia mengingatkan kepada suasana ketika pemain itu mempertahankan kejuaraan All England di Birmingham, Mac lalu selepas menumbangkan Lin Dan dalam perlawanan akhir.

“Hanya sesi latihan yang berlangsung serius, di sini semua aktiviti kami yang lain berjalan dengan amat santai, termasuklah ketika kami membincangkan strategi. Saya tidak mahu suasana yang terlalu tegang kerana itu hanya akan menambah tekanan Chong Wei.

“Kami ada duduk berbincang mengenai lawan, menonton video serta merangka apa yang perlu dilakukan tetapi ia tidak diadakan dalam sesi khas atau bilik khusus, biasanya kami buat semua itu ketika masing-masing sedang berehat, atau ketika makan, malah ketika berada di spa.

“Chong Wei adalah pemain yang sudah matang, beliau tidak perlu diingatkan tentang sesuatu perkara berulang kali, cukuplah kami berbincang mengenai keperluannya ketika ini. Sambil makan dan duduk sembang-sembang, kami berkongsi pandangan,” ujar Seu Bock ketika dihubungi di Bath, semalam.

Tambah Seu Bock, kurang seminggu menjelang kejohanan 8-14 Ogos itu, persiapan fizikal Chong Wei berada dalam keadaan baik, dengan masalah kecederaan belakang yang sudah hilang sepenuhnya, justeru beliau perlu memastikan keadaan mental pemain itu juga berada dalam tahap serupa.

Katanya, sejak hari pertama tiba di Bath, Chong Wei melakukan latihan penuh, dengan dua sesi sehari, berbanding latihan yang terhad di Kuala Lumpur. Malah, keadaannya turut dipantau rapi oleh pakar dari Institut Sukan Negara (ISN).

Selepas melengkapkan latihan lapan hari di Bath, pasukan badminton negara akan berlepas ke London, pagi ini sebelum memulakan kempen mencari kejuaraan dunia pertama, Isnin ini.

“Semua persiapan berjalan dengan sempurna dan Chong Wei telah dipersiapkan dengan sebaiknya. Sekarang terpulang kepada dia bagaimana hendak menterjemahkan semua yang dijalani di sini, apabila berada di atas gelanggang pertandingan.

“Kalau ditanya tentang keadaan Chong Wei sekarang, saya akan cakap dia di tahap terbaik, namun dalam badminton prestasi pada hari perlawanan akan menentukan sejauh mana pemain itu akan pergi. Kalau Chong Wei boleh teruskan ketenangan dan apa yang dipertontonkan pada All England lalu, dia boleh pergi jauh,” kata Seu Bock lagi. Dipetik dari Utusan Malaysia.

Teknik Footwork

Tahukah anda teknik pergerakan kaki amat penting dalam permainan badminton.Teknik ini merupakan nadi asas dalam permainan badminton ini.Dengan andanya teknik ini pemain dapat membiasakan diri dengan pergerakan kaki dan cara pemukulan bulu tangkis.Latihan ini perlu dilakuakan bagi memastikan langkah yang betul diambil bilamana mengambil bola dari sudut manapun...bola depan cara lain bola belakang cara lain...dan sebaginya.....sambungan....